Saturday, October 29, 2011

Ragam manusia

Apa khabar semua? Harapnya sihat-sihat belaka.. Semalam, saya kat fakulti, tiba-tiba berlaku peristiwa yang agak lucu.. Segan pula nak cerita.. heheh. Ada la seorang mamat ni dengan kawan dia, perempuan (sebab depa bahasakan diri aku kau masa cakap) jalan belakang saya. Saya pergi duduk kat satu tempat ni, rupa-rupanya depa pun nak pergi tempat yang sama dengan saya. Masa tu berlakulah miss-communication dimana saya dengan mamat tersebut ingin menuju kerusi yang sama. Yalah, tak tahu pun dia nak duduk situ, saya dengan penuh yakin terus duduk. Tiba-tiba terasa ada orang kat sebelah. Pandanglah kan. Mamat tu dengan muka blur kat sebelah. Lalu bibir saya berkata "ehhhh"(terkejut).. Saya pun, dengan tak ada perasaan berubah ke kerusi sebelah. Dia pula cakap "ehhh".. hurm, tak faham betul. Pastu, dia dengan muka selamba berbual-bual dengan saya. Aih, i don't talk to stranger la bro. Tapi kawan saya cakap, elok la tu, mana tahu itu jodoh kau.. kih3. Semalaman saya ketawa bila teringat kata-kata sahabat saya.

Cerita lain pula, saya pergi teman member beli raket badminton.. usha punya usha, dia pon beli la satu.. Time nak bayar tu, kena que la kan. Ada la mamat ni dengan gaya machonya tengah bargain harga dengan tokeh kedai (harga raket dia beli RM300+). Siap cakap, "alah, kurang sikit la bos, tiap-tiap bulan datang beli raket kat sini"(bayar pakai credit card).. Persoalannya, perlu la dia cakap mcm tu kan.. hadoi.. Seorang lagi ni, pilih-pilih kejap terus ambil. Tak tengok dah harga. Wah, mesti banyak duit. Ada yang nak beli kasut, cuba punya cuba tak beli pun. Sabar ja lah pekerja kedai tu. Kalau saya dah lama angkat kaki. (saya tengok gelagat orang ja masa dalam kedai tu.. heheh)

My favourite badminton player

Next, ada la seorang kakak ni, dia emo. hahah. Dia marah-marah kat kami bila masuk bilik dia, guna barang dia pastu letak merata-rata walaupun kemas. Yalah, barang banyak kot, mana nak ingat semua. huhu. Bila dia balik kampung atau migrain dia akan off phone. motip?? ntah la. pastu bila kami mesej tak nak reply. haish. manusia manusia. Last but not least, kawan saya. Dia baik, periang, pandai, menawan, dll. Tapi sayang berkawan dengan orang yang salah. Berbuih-buih mulut ni menasihati, tapi kejap saja dia insaf. Lepas tu kawan balik dengan orang yang salah tu. Ikut kamu la, hidup kamu. Orang lain dah bagi nasihat, sekarang diri kamu la nak dengar atau tak.

sekadar hiasan :)

Ok, apa yang saya nak cakap kat sini, manusia memang banyak ragam. Kalau semua sama ja, tak best la hidup ni. Ya tak? Mana-mana yang kita tak berkenan tu, tegur kalau mampu. Jadi, kita ni perlulah terima perangai orang-orang disekeliling kita. Tak perlu nak pening kepala, nak terasa, nak sentap atau nak apa sekalipun dengan mereka, sebab kita pun macam tu. Cuma kita ja tak sedar. Anyway, enjoy our life guys!! Sekian saja, take care everybody :)

Ceria macam Cik Nyet ni ok =)

Sunday, October 23, 2011

Cinta Dari Hati

Perkenalan kita tak diduga,
Dalam perbalahan terbit rasa sayang,
Sungguh aku senang dengan dirimu,
Baruku sedar kaulah wanita yang tercipta untukku

Seribu kemaafanku pohon,
Aku lemah, aku lelaki cemburu,
Sehingga kau selalu mengalah demi cinta ini,
Namun, kau perlu tahu inilah yang menambat hatiku

Dalam sujud ku titipkan doa,
Agar ikatan yang dibina ini diredhai Illahi,
Semoga jodoh ini berkekalan hingga nafas terakhirku,
Kerana aku tak sanggup hidup tanpamu

Akulah insan yang paling gembira saat ini,
Tika kau ucap kau hamil buah cinta kita,
Tiada kata selain lafaz syukur pada Illahi,
Kaulah bidadari hidupku

Aku siapa mahu melawan takdir Illahi,
Saat kau bertarung nyawa melahirkan zuriat buatku,
Aku bagaikan orang kehilangan akal,
Ya-Allah, kau salurkanlah kekuatan kepada hambaMu ini

Tidak sekali aku berpaling,
Sungguhpun kau dan aku berada di dunia yang berbeza,
Kau hidup dalam diri ini, dulu kini dan selamanya,
Kerana aku mahu kau menjadi ketua bidadari buatku di syurga kelak

Kepergianmu merentap separuh nyawaku,
Syukur, aku masih punya puteri seindahmu disisi,
Tagih kasih seorang bapa yang juga bergelar ibu buatnya,
Hanya cintamu dambaan hati kecil kami ini
Amanlah kau di sana sayang...
yurola

Monday, March 21, 2011

dah nak abeh dah :(

Sedar tak sedar, dah nak abeh dah sem ni.. bermakna, kursus ni pon dah hampir sampai ke penghujungnya... erm, pensyarah yang ngajar kursus ni nk fly ke Australia next week.. best! teruja dengar.. semoga kita semua pon bakal pelapis pensyarah tu... last week Dr.J g Indonesia dan before bln 7 Dr.J nak pergi Hong Kong.. wah!! tp, Dr. J pergi sana sebab tugas.. bukan cuti.. tp best kan blh lawat negara org.. heheh

Opera House.. I wish, i'll be there =)

ni la Hong Kong.. Dr.J kami nak hadiah... weeeeee~
Akhir kata, kursus ini memberi banyak manfaat dan ilmu dalam diri saya. Saya rasa bersyukur kerana memilih kursus ini. Mohon maaf sekit=ranya terkasar bahasa atau terlepas laku sepanjang kuliah berlangsung. Sekalung penghargaan dan terima kasih saya berikan Dr. Jamal, Dr. Jasmi dan rakan-rakan. All of you, are part of my memory in UKM for 2010/2011 session. Take care everyone

Monday, February 28, 2011

INOVASI


APA ITU INOVASI?

Inovasi bermaksud memperkenalkan idea baru dalam semua aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti. Perubahan ini boleh dilakukan dalam bentuk pengenalan teknologi baru atau perubahan prosedur yang  boleh jimatkan tenaga, masa dan kos, dengan itu ia boleh meningkatkan penghasilan kerja. 

 
Di Malaysia antara badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sains dan teknologi adalah Ministry  of Science, Technology and Innovasion (MOSTI) dan Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTIC) . Selain itu, terdapat badan-badan lain yang melaksanakannya secara berkumpulan seperti Unit Sains dan Teknologi (UST), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lain-lain. mereka sentiasa memikirkan sesuatu inovasi untuk memajukan dan memantapkan lagi teknologi di Malaysia.
Sebagai contoh, sumber petroleum negara dan dunia semakin berkurang. Jadi, para saintis, ahli sains, jurutera-jurutera, mahupun orang biasa yang terlibat secara tidak langsung sedang berusaha mencipta inovasi baru sebagai ganti kepada petroleum. Hal ini sudah semestinya tidak mudah. Untuk merealisasikan perkara ini mereka yang terlibat perlu memberi komitmen dan usaha yang berterusan. 
Pelantar minyak di Malaysia

Satu perkara yang sangat penting untuk diketengahkan ialah pendidikan. Tanpa ilmu yang mantap, tiadalah sains dan teknologi yang mantap. Kita sebagai rakyat Malaysia, sangat beruntung kerana sistem pendidikan  di Malaysia tidak berat sebelah. Tiada pelajar yang tercicir dari segi pendidikannya. Cuma, kita perlu memperkemaskannya lagi. 

Pelbagai teknologi dicipta untuk memudahkan guru dan pelajar. Hal ini sekaligus dapat menarik minat pelajar itu sendiri. Inilah yang ditekankan sekarang. Inovasi dalam pendidikan amat penting. Bermula dengan ilmulah seseorang boleh berubah.
Antara laman web yang boleh dilawati ialah :
‘manifold clock,’ direka oleh Studio Ve

Sekian saja buat waktu ini. Diharap kita dapat berkongsi serba sedikit pendapat dan ilmu di sini. Jaga diri. Jumpa lagi.

Sunday, February 6, 2011

Assalamualaikum


Sejajar dengan perkembangan IT dan bagi memenuhi subjek pilihan bebas yang saya ambil, maka blog ini tercipta. Syukur kerana saya boleh berkongsi serba sedikit pengalaman dan cerita sepanjang kehidupan kita di sini, insya-Allah. Sebagai pelajar kita seharusnya menggunakan teknologi semaksimum yang mungkin dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Umum mengetahui tentang kebaikan dan keburukan internet. Tetapi sebagai seorang manusia yang berakal kita boleh berfikir tentang baik dan buruk. 





Sesungguhnya semakin kita menggunakan teknologi, semakin kita menonjolkan diri. Jadi, kita hendaklah menggunakan sebaik-baiknya teknologi yang ada ini. Dengan adanya internet, sistem perhubungan di dunia ini lebih maju. Pelbagai saluran boleh digunakan untuk berhubung dengan saudara-mara dan rakan-rakan di dalam dan luar negara melalui internet. Pada pendapat saya, teknologi dan inovasi dalam pendidikan mampu berkembang melalui saluran ini.