Perkenalan kita tak diduga,
Dalam perbalahan terbit rasa sayang,
Sungguh aku senang dengan dirimu,
Baruku sedar kaulah wanita yang tercipta untukku
Seribu kemaafanku pohon,
Aku lemah, aku lelaki cemburu,
Sehingga kau selalu mengalah demi cinta ini,
Namun, kau perlu tahu inilah yang menambat hatiku
Dalam sujud ku titipkan doa,
Agar ikatan yang dibina ini diredhai Illahi,
Semoga jodoh ini berkekalan hingga nafas terakhirku,
Kerana aku tak sanggup hidup tanpamu
Akulah insan yang paling gembira saat ini,
Tika kau ucap kau hamil buah cinta kita,
Tiada kata selain lafaz syukur pada Illahi,
Kaulah bidadari hidupku
Aku siapa mahu melawan takdir Illahi,
Saat kau bertarung nyawa melahirkan zuriat buatku,
Aku bagaikan orang kehilangan akal,
Ya-Allah, kau salurkanlah kekuatan kepada hambaMu ini
Tidak sekali aku berpaling,
Sungguhpun kau dan aku berada di dunia yang berbeza,
Kau hidup dalam diri ini, dulu kini dan selamanya,
Kerana aku mahu kau menjadi ketua bidadari buatku di syurga kelak
Kepergianmu merentap separuh nyawaku,
Syukur, aku masih punya puteri seindahmu disisi,
Tagih kasih seorang bapa yang juga bergelar ibu buatnya,
Hanya cintamu dambaan hati kecil kami ini
Amanlah kau di sana sayang...
yurola
No comments:
Post a Comment