APA ITU INOVASI?
Inovasi bermaksud memperkenalkan idea baru dalam semua aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti. Perubahan ini boleh dilakukan dalam bentuk pengenalan teknologi baru atau perubahan prosedur yang boleh jimatkan tenaga, masa dan kos, dengan itu ia boleh meningkatkan penghasilan kerja.
Di Malaysia antara badan yang bertanggungjawab untuk memajukan sains dan teknologi adalah Ministry of Science, Technology and Innovasion (MOSTI) dan Malaysian Science and Technology Information Centre (MASTIC) . Selain itu, terdapat badan-badan lain yang melaksanakannya secara berkumpulan seperti Unit Sains dan Teknologi (UST), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lain-lain. mereka sentiasa memikirkan sesuatu inovasi untuk memajukan dan memantapkan lagi teknologi di Malaysia.
Sebagai contoh, sumber petroleum negara dan dunia semakin berkurang. Jadi, para saintis, ahli sains, jurutera-jurutera, mahupun orang biasa yang terlibat secara tidak langsung sedang berusaha mencipta inovasi baru sebagai ganti kepada petroleum. Hal ini sudah semestinya tidak mudah. Untuk merealisasikan perkara ini mereka yang terlibat perlu memberi komitmen dan usaha yang berterusan.
| Pelantar minyak di Malaysia |
Satu perkara yang sangat penting untuk diketengahkan ialah pendidikan. Tanpa ilmu yang mantap, tiadalah sains dan teknologi yang mantap. Kita sebagai rakyat Malaysia, sangat beruntung kerana sistem pendidikan di Malaysia tidak berat sebelah. Tiada pelajar yang tercicir dari segi pendidikannya. Cuma, kita perlu memperkemaskannya lagi.
Pelbagai teknologi dicipta untuk memudahkan guru dan pelajar. Hal ini sekaligus dapat menarik minat pelajar itu sendiri. Inilah yang ditekankan sekarang. Inovasi dalam pendidikan amat penting. Bermula dengan ilmulah seseorang boleh berubah.
Antara laman web yang boleh dilawati ialah :
![]() |
| ‘manifold clock,’ direka oleh Studio Ve |
Sekian saja buat waktu ini. Diharap kita dapat berkongsi serba sedikit pendapat dan ilmu di sini. Jaga diri. Jumpa lagi.


No comments:
Post a Comment